Ariic bakal melancarkan model skuter baharu ADV150 2021 untuk pasaran China

Pada awal tahun ini, jenama pengeluar skuter Ariic yang berpengkalan di China telah mengumumkan enam buah model terbaharu keluarannya yang bakal dilancarkan pada masa akan datang. Salah satu daripadanya ialah sebuah model skuter ADV150.

Berdasarkan gambar-gambar lakaran awal yang disiarkan, Ariic ADV150 mempunyai reka bentuk yang moden dan sporty. Spesifikasinya juga kelihatan impresif seperti fork depan USD, penyerap hentakan belakang monoshock, lengan ayun aluminium, rim roda berjejari, tayar jenis all-terrain, sistem lampu LED dan dan rekaan ekzos sporty.

Ariic ADV150 apabila dilancarkan di pasaran China nanti, ianya akan bersaing dengan model baharu Dayang ADV150 dan Lifan KPV150. Jika ianya dilancarkan di pasaran ASEAN pula, saingan utamanya sudah tentu model skuter popular Honda ADV150.

Setakat ini Ariic ADV150 dan model-model baharu yang lain dikatakan akan dilancarkan dalam tahun 2021 ini, namun tarikh yang tepat belum diketahui. Di pasaran China ketika ini, Ariic telah menawarkan model skuter maxi Ariic CHINF318 dengan enjin 300cc.

Sumber : Sohu.com