Yamaha NMAX 2021 versi klon buatan China

Skuter Yamaha NMAX generasi pertama diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2015. Kemudiannya generasi kedua yang menerima reka bentuk facelift terbaharu telah diperkenalkan pada tahun 2020. Untuk pasaran China, terdapat model Yamaha NMAX generasi pertama versi klon yang ditawarkan dengan reka bentuk yang sangat mirip.

Berdasarkan gambar-gambar dalam galeri di bawah, Yamaha NMAX versi klon buatan China itu turut tampil dengan rangkaian kotak barangan yang serba lengkap. Enjin yang melengkapinya pula bersesaran 150cc, dan dilengkapi sistem brek cakera depan dan belakang. Harganya pula dijangka lebih murah berbanding Yamaha NMAX versi asli.

Artikel Popular Minggu Ini :