Aruba.it Racing – Ducati Team memperkenalkan jentera Ducati Panigale V4 R untuk musim 2021

Aruba.it Racing – Ducati Team baru-baru ini memperkenalkan jentera Ducati Panigale V4 R yang bakal digunakan untuk mengharungi perlumbaan World Superbike (WSBK) bagi musim 2021. Kedua-dua jentera itu akan ditunggang oleh pelumba handalan Scott Redding dan Michael Ruben Rinaldi, masing-masing menggunakan nombor 45 dan 21.

Tampil dengan tema dan skim berwarna merah dan hitam, Ducati Panigale V4 R 2021 dikuasakan enjin dalam sesaran 998cc (4-stroke, V4 90º, Desmodromic, 4 valves per cylinder) yang menghasilkan kuasa maksimum 235bhp @ 16,000rpm. Menggunakan sistem ekzos titanium Akrapovic, kelajuan maksimum jentera itu mencapai >315 km/j.

Sejak tahun 2015 sehingga 2020 secara berturut-turut, kejuaraan perlumbaan WSBK dimonopoli oleh pasukan Kawasaki Racing Team, melalui pelumba handalan Jonathan Rea yang menunggang jentera Kawasaki Ninja ZX-10RR. Bagi musim 2021 ini, adakah jentera Panigale V4 R akhirnya akan mampu mengekang dominasi Ninja ZX-10RR?

Artikel Popular Minggu Ini :