Benelli Malaysia akan melancarkan model baharu pada tarikh 11hb. April 2021, adakah ianya Super Moped?

Benelli Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan sebuah model baharu pada tarikh 11hb. April 2021 (Ahad), bermula jam 8.00 malam. Program pelancaran tersebut akan diadakan secara dalam talian dan boleh ditonton secara ‘live’ melalui laman Facebook Benelli Malaysia dan juga laman YouTube MForce TV.

Dengan tagline #InTheBlinkOfAnEye, model baharu yang bakal dilancarkan itu mungkin sebuah model moped yang mempunyai prestasi dan kelajuan yang tinggi. Adakah ianya merupakan model moped terbaharu dengan enjin sama ada 175cc, 180cc atau mungkin juga 200cc? Boleh jadi ini ialah model Super Moped yang kita semua nanti-nantikan.

Setakat ini Benelli Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu telah menawarkan model moped Benelli RFS150i, seperti mana anda boleh melihat gambar-gambar menariknya dalam galeri di bawah. Pelancaran model baharu itu nanti mungkin untuk menggantikan model Benelli RFS150i, atau sebagai pilihan untuk model dengan enjin lebih besar.

Di pasaran Malaysia ketika ini, pilihan model-model moped lain yang ditawarkan ialah Yamaha Y16ZR, Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan juga SYM VF3i 185 Pro. Dengan pelancaran model moped terbaharu keluaran Benelli pada bulan April depan, bermakna peminat motosikal tempatan kini mempunyai lebih banyak pilihan yang menarik.

Artikel berkaitan :

Artikel Popular Minggu Ini :