Penampakan lebih jelas model sport bike baharu QJ Motor

QJ Motor sebelum ini dilaporkan bakal melancarkan sebuah model sport bike baharu dengan enjin dalam kapasiti 350cc dua silinder. Kini beberapa keping gambar model tersebut dalam resolusi yang lebih jelas telah tersebar di dalam internet baru-baru ini.

Berdasarkan gambar-gambar tersebut, spesifikasi yang ditawarkan oleh model baharu keluaran QJ Motor ini boleh dikatakan sangat impresif dan moden, di samping kelihatan sporty dan agresif. Setakat ini belum ada maklumat bilakah model ini akan dilancarkan.

Selain daripada model sport 350cc ini, QJ Motor juga telah membangunkan sebuah lagi model sport bike dengan enjin 250cc. Kedua-dua model tersebut besar kemungkinan akan turut ditawarkan di pasaran luar China dengan menggunakan jenama Benelli.

Sumber : Halo Moto