Galeri : Ducati SuperSport 950 S 2021

Model terbaharu Ducati SuperSport 950 2021 diperkenalkan pada penghujung tahun lepas, dalam dua varian iaitu SuperSport 950 dan SuperSport 950 S. Kedua-dua model tersebut hadir dengan penampilan yang lebih sporty berbanding model terdahulu Ducati SuperSport, termasuk dilengkapi enjin 937cc yang lebih bersih dan bertaraf Euro 5.

Bagi model Ducati SuperSport 950 S, ianya dilengkapi sistem suspensi lebih premium daripada Öhlins dengan ciri boleh laras sepenuhnya dan penutup di bahagian tempat duduk penumpang belakang. Kedua-dua ciri tersebut membolehkan Ducati SuperSport S mempamerkan aksi yang lebih agresif di litar berbanding model SuperSport 950.

Oleh itu baru-baru ini pada tarikh 24hb. Februari 2021, Ducati telah menyiarkan lebih banyak gambar-gambar menarik model SuperSport S, dalam rakaman yang dilakukan di kawasan litar. Model tersebut juga telah dibuang ekor belakangnya, mungkin untuk mengingatkan kita semua bahawa ianya turut dilahirkan dengan DNA perlumbaan.

Artikel Popular Minggu Ini :