Benelli 302R versi facelift terbaharu tampil lebih sporty, berat keseluruhan kini lebih ringan

Berita terbaharu dari China, model sportbike Benelli 302R kini telah menerima rekaan facelift terbaharu yang kelihatan lebih sporty dan segar berbanding model sebelumnya. Paling menarik ialah berat model tersebut turut berkurangan, dari 204 kg kepada hanya 182 kg. Prestasi enjin pula dikatakan tidak berubah dan kekal sama seperti dahulu.

Bagaimanapun buat masa ini masih belum dapat dipastikan bilakah Benelli 302R versi facelift terbaharu itu bakal dilancarkan secara rasmi. Pasaran China dijangka akan menerima terlebih dahulu kehadiran model tersebut, sebelum ianya dilancarkan untuk pasaran global lain termasuk pasaran Malaysia, yang dijangka pada tahun depan.

Di pasaran Malaysia, model semasa Benelli 302R dilengkapi enjin bersesaran 300cc (2-Cylinder In-line, 4 Stroke, DOHC, 8 Valves, Liquid Cooled), yang menjana kuasa 37.5hp (28kW) @ 10,000rpm dengan tork maksimum 27.4Nm @ 9,000rpm. Model berkenaan dijangka akan menjadi lebih popular apabila versi facelift terbaharu dilancarkan nanti.

Sumber : Bilibili.com

Artikel berkaitan :

Artikel Popular Minggu Ini :