YAMAHA TMAX 20th Anniversary 2021 diperkenalkan, edisi terhad 560 unit

Skuter maxi Yamaha TMAX mula diperkenalkan secara rasmi di pasaran Eropah pada tahun 2001, bermakna usia model tersebut pada ketika ini telah menjangkau 20 tahun. Bagi memperingati pencapaian bersejarah itu, Yamaha Motor Europe pada tarikh 04hb. Mac 2021 baru-baru ini telah memperkenalkan Yamaha TMAX 20th Anniversary 2021.

Yamaha TMAX 20th Anniversary merupakan sebuah model edisi terhad, hanya 560 unit sahaja akan ditawarkan untuk pasaran Eropah. Setiap unit didatangkan lengkap dengan nombor siri pengeluaran eksklusif, dan paling utama beberapa komponen badan model tersebut menggunakan material karbon yang unik (unique forged carbon bodywork).

Komponen-komponen yang menggunakan material karbon kuat dan ringan itu ialah panel badan dengan bentuk boomerang yang tersendiri, fender depan dan pelindung haba pada muffler ekzos. Setiap permukaan komponen-komponen tersebut mempunyai kemasan individu unik yang tersendiri dan semuanya berbeza di antara satu sama lain.

Penggunaan material karbon berkenaan menjadikan penampilan Yamaha TMAX 20th Anniversary lebih dinamik dan premium, sementara warna kuning yang digunakan pada boomerang dan fender adalah sebagai memperingati skim warna kuning terang pada model Yamaha TMAX 2001, seperti mana anda boleh saksikan dalam galeri di bawah.

Ciri-ciri eksklusif yang lain ialah tempat duduk dengan pemanas kini didatangkan jahitan berwarna kuning agar sepadan dengan sentuhan warna pada boomerang dan fender, dan kehadiran logo 20th Anniversary telah mengesahkan status eksklusifnya. Pilihan warna Tech Graphite dan rim roda berwarna gangsa menjadikannya lebih sempurna.

Berikut ialah ciri-ciri utama pada model Yamaha TMAX 20th Anniversary :

  • Unique forged carbon bodywork
  • Special heated seat and heated grips
  • Exclusive colour
  • Powerful 560cc EURO5 compliant engine
  • Dynamic and aggressive body design
  • Electric screen
  • Cruise control
  • Integrated LED front flashers
  • Fully-equipped with best-in-class specification
  • Lightweight aluminium frame
  • Traction Control System & D-MODE
  • Large storage space
  • Smart Key keyless operation.
  • Monotone TFT instrument panel
  • Motorcycle-type suspension with optimised settings
  • Centre stand locking system

Untuk bakal pembeli Yamaha TMAX 20th Anniversary di pasaran Eropah, tempahan untuk model tersebut akan tersedia secara eksklusif melalui Online Ordering System yang direka untuk digunakan dengan pantas dan mudah. Sistem tersebut akan muncul secara live pada 31hb. Mac 2021 dan perincian mengenainya akan diumumkan nanti.

Galeri : Yamaha TMAX 20th Anniversary 2021

Galeri : Yamaha TMAX 2001