Suzuki Gixxer 150 2021 di pasaran Jepun terima kemaskini skim warna baharu

Suzuki di pasaran Jepun kelmarin telah memperkenalkan model naked Suzuki Gixxer 150 model tahun 2021, yang kini didatangkan dengan kemaskini skim warna terbaharu. Ketiga-tiga pilihan warna terbaharu itu ialah Triton Blue Metallic, Pearl Mira Red dan Glass Sparkle Black. Model tersebut bakal berada di pasaran mulai 24hb. Mac 2021.

Untuk melihat perbezaan di antara skim warna tahun 2021 dan tahun 2020, anda boleh saksikannya dalam galeri yang disediakan di bawah. Aspek spesifikasi bagaimanapun tiada sebarang perubahan, begitu juga dengan harganya. Untuk pasaran Jepun, Suzuki Gixxer 150 2021 dijual pada harga sebanyak 352,000 Yen, bersamaan RM 13,234.72.

Suzuki Gixxer 150 dikuasakan enjin bersesaran 154cc (liquid-cooled, 4-stroke, single cylinder, SOHC, 2-valve) dan dipadankan transmisi enam kelajuan. Enjin dengan sistem suntikan bahan api itu menghasilkan kuasa maksimum 14PS @ 8,000rpm dan jumlah tork setinggi 14Nm @ 6,000rpm. Kapasiti maksimum tangki bahan apinya ialah 12 liter.

Antara kelebihan yang ditawarkan oleh Suzuki Gixxer 150 ini ialah penggunaan bahan api yang cekap, sistem brek ABS di bahagian roda depan, lampu depan LED, panel meter digital LCD dengan paparan penunjuk gear dan jam, fork depan 41 mm yang lebih stabil, suspensi belakang boleh laras prabeban dan juga terdapat tongkat tengah.

Galeri : Suzuki Gixxer 150 2021

Galeri : Suzuki Gixxer 150 2020

Artikel Popular Minggu Ini :