QJ Motor bakal melancarkan model sportbike 250cc baharu, dilengkapi lengan ayun tunggal

QJ Motor sebelum ini dilaporkan bakal melancarkan sebuah model sportbike baharu dengan enjin dua silinder bersesaran 350cc. Kini muncul pula maklumat terbaru yang mengatakan syarikat dari China itu akan turut melancarkan model sportbike 250cc, berdasarkan beberapa keping gambar yang bocor di dalam internet baru-baru ini.

Berdasarkan gambar-gambar tersebut, model sportbike 250cc berwarna merah itu turut hadir dengan spesifikasi yang cukup menarik iaitu dilengkapi lengan ayun jenis tunggal. Reka bentuk keseluruhannya juga kelihatan sporty dan dijangka mampu menarik minat ramai pembeli apabila dilancarkan nanti, asalkan harga yang ditawarkan berpatutan.

Setakat ini tiada maklumat rasmi mengenai spesifikasinya yang lain, namun ianya pasti dilengkapi pelbagai ciri-ciri moden seperti sistem lampu LED, panel meter digital, sistem brek ABS dan mungkin juga dilengkapi sistem Assist & Slipper Clutch. Sangat menarik sebenarnya jika model ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia suatu hari nanti.

Sumber : 1 & 2

Artikel Popular Minggu Ini :