Aprilia Racing Team Gresini perkenal jentera MotoGP baharu Aprilia RS-GP 2021

Perlumbaan pertama dalam kalendar MotoGP 2021 bakal berlangsung tidak lama lagi di Litar Antarabangsa Losail, Doha, Qatar. Salah satu pasukan yang akan meneruskan cabaran di dalam perlumbaan tersebut ialah Aprilia Racing Team Gresini, dan baru-baru ini pasukan berkenaan rasmi memperkenalkan pelumba dan jentera baharu mereka.

Untuk musim 2021, pasukan Aprilia Racing Team Gresini masih mengekalkan pelumba handalan Aleix Espargaró yang bersama mereka sejak musim 2017. Pelumba kedua pula ialah pelumba baharu Lorenzo Savadori yang pastinya akan memberikan saingan berdasarkan pengalamannya dalam perlumbaan di dalam kelas 125cc dan MotoE.

Paling menarik perhatian ialah pengenalan jentera baharu Aprilia Racing Team Gresini yang tampil lebih aerodinamik dan boleh juga dikatakan agak pelik rekaan di bahagian depannya. Jentera tersebut juga menggunakan lengan ayun carbon yang pastinya memberikan kelebihan, di samping sistem elektronik canggih dan enjin yang berkuasa.

Adakah pasukan Aprilia Racing Team Gresini akan mempamerkan keputusan yang baik atau menakjubkan di dalam perlumbaan MotoGP musim 2021 ini? Segalanya mungkin, seperti mana kejutan yang dilakukan oleh Team Suzuki Ecstar pada musim lepas. Apa pun saksikan dahulu jentera MotoGP Aprilia RS-GP 2021 di dalam galeri di bawah.

Artikel Popular Minggu Ini :