Yamaha TMAX560 TECH MAX ABS 2021 terima warna baharu untuk pasaran Jepun

Yamaha baru-baru ini telah mengumumkan model skuter maxi Yamaha TMAX560 TECH MAX ABS 2021 di pasaran domestik Jepun kini didatangkan pilihan warna baharu Gray, di samping warna terdahulu Matte Greenish Gray. Model tersebut akan berada di pasaran Jepun secara rasmi mulai tarikh 26hb. April 2021 akan datang.

Selain itu ianya juga dilengkapi emblem berwarna merah yang menyerlahkan lagi gaya dan penampilannya yang berkuasa. TMAX560 TECH MAX ABS diasaskan daripada model standard TMAX560 ABS, dengan kelengkapan tambahan seperti sistem kawalan pelayaran (cruise control), skrin boleh laras elektrik, grip dan tempat duduk di bahagian depan dengan ciri pemanas dan suspensi belakang boleh laras untuk lebih keselesaan.

Yamaha TMAX560 TECH MAX ABS dikuasakan enjin bersesaran 561cc (in-line, 2-cylinder, liquid-cooled, 4-stroke, DOHC, 4-valves) yang menghasilkan kuasa maksimum 48PS @ 7,500rpm dan tork puncak 56Nm @ 5,250rpm. Enjin itu dipadankan transmisi automatik CVT. Kapasiti tangki bahan api model skuter maxi tersebut ialah 15 liter.

Untuk pasaran Jepun, harga jualan Yamaha TMAX560 TECH MAX ABS 2021 adalah sebanyak 1,419,000 Yen, bersamaan RM 53,558.22 mengikut kadar semasa. Untuk model Yamaha TMAX560 ABS 2021 pula, ianya masih mengekalkan warna terdahulu Matte Gray, dan berharga sebanyak 1,276,000 Yen, bersamaan RM 48,160.88.

Artikel Popular Minggu Ini :