Suzuki Burgman 200 ABS 2021 dilancarkan di pasaran Jepun, harga RM 21,594.69

Suzuki di pasaran Jepun baru-baru ini telah melancarkan model skuter Suzuki Burgman 200 ABS 2021 terbaharu, yang kini dilengkapi sistem brek ABS sebagai ciri standard. Tiga pilihan warna yang ditawarkan pula ialah Brilliant White, Titan Black dan Matt Stella Blue Metallic, dan bakal berada di pasaran secara rasmi mulai 16hb. Mac 2021.

Untuk pasaran domestik Jepun, Suzuki Burgman 200 ABS 2021 ditetapkan harganya sebanyak 571,340 Yen, bersamaan nilai RM 21,594.69 mengikut kadar semasa. Ianya dikuasakan enjin bersesaran 199cc (liquid cooled, 4-stroke, single cylinder, SOHC, 4-valve) yang menjana 18PS @ 8,000rpm dengan tork maksimum 16Nm @ 6,000rpm.

Spesifikasi yang melengkapi model skuter tersebut antaranya termasuklah tangki bahan api dengan kapasiti penuh 10 liter, sistem brek cakera depan dan belakang dengan ABS dua saluran, tayar depan dan belakang yang masing-masing berukuran 110/90-13 dan 130/70-12, tinggi tempat duduk 735 mm dan berat keseluruhan pada paras 165 kg.

Antara kelebihan Suzuki Burgman 200 ABS 2021 ini ialah tempat duduk yang selesa, pemijak kaki mengikut potongan untuk kemudahan penunggang meletakkan kaki di atas tanah, ruang kompatmen depan yang luas dengan port pengecas, serta ruang di bawah tempat duduk seluas 41 liter yang boleh memuatkan sehingga dua buah topi keledar.

Artikel Popular Minggu Ini :