Yamaha Vixion 2021 di pasaran Indonesia terima warna baharu Matte Blue

Model naked sporty Yamaha Vixion untuk tahun 2021 di pasaran Indonesia baru saja diperkenalkan dengan pilihan warna baharu Matte Blue. Warna tersebut kini ditawarkan bersama-sama dua warna terdahulu Matte Black dan Metallic Red. Harga jualannya pula ialah sebanyak Rp 27,945,000, bersamaan RM 7,934.95 mengikut kadar semasa.

Aspek spesifikasi memperlihatkan Yamaha Vixion dilengkapi enjin bersesaran 149.8cc (Liquid Cooled 4-stroke, SOHC, Single Cylinder) dengan transmisi lima kelajuan dan sistem Assist & Slipper Clutch. Kuasa maksimumnya ialah 16.4hp @ 8,500rpm dengan tork puncak 14.5Nm @ 7,500rpm. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti 12 liter.

Spesifikasi lain termasuklah kerangka Deltabox, fork depan teleskopik, penyerap hentak belakang monoshock, sistem brek cakera depan dan belakang, tayar depan 90/80-R17, tayar belakang 120/70-R17, lampu depan dan belakang LED, meter digital, Pass Beam & Engine Cut-Off, Hazard Lamp, tinggi tempat duduk 795 mm dan berat isi 132 kg.

Di pasaran Malaysia, Yamaha FZ150i ditawarkan mulai tahun 2008. Pengeluaran model tersebut kemudiannya dihentikan bagi memberikan laluan kepada model Yamaha YZF-R15 yang dilancarkan secara rasmi pada bulan Julai 2018. Sehingga kini generasi baharu Yamaha FZ150i (Yamaha Vixion) tidak lagi ditawarkan di pasaran Malaysia.

Artikel Popular Minggu Ini :