Motosikal kapcai Yamaha Spark Nano pernah ditawarkan di pasaran Thailand pada suatu ketika dahulu. Untuk melihat bagaimanakah reka bentuknya, anda boleh melihat gambar-gambar menariknya dalam galeri di bawah, bagi model tahun 2010 dan 2011.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari internet, Yamaha Spark Nano dikuasakan enjin bersesaran 110cc (single-cylinder, 4-stroke, SOHC, air-cooled) yang dipadankan kotak gear empat kelajuan. Model tersebut turut dilengkapi klac automatik, tangki petrol dengan kapasiti maksimum 4.2 liter dan sistem brek cakera di bahagian roda depan.
Model tersebut ditawarkan dalam varian dengan penghidup tendang atau penghidup tendang / elektrik, dan juga terdapat varian dengan sistem brek cakera belakang. Boleh dikatakan penampilannya tetap kelihatan kemas dan sporty walaupun sederhana.
Galeri : Yamaha Spark Nano 2010 (Thailand)
Galeri : Yamaha Spark Nano 2011 (Thailand)
Artikel Popular Minggu Ini :
-
Benelli R18i 2021 dilancarkan untuk pasaran Malaysia, enjin bersesaran 174cc, harga asas bermula dari RM 7,999.00
-
Ottimo sedang membangunkan model super moped baharu untuk pasaran Malaysia, bakal dilengkapi enjin 175cc
-
Honda Winner X versi Malaysia, berasal dari Honda RS150R
-
Spyshot Honda Winner X (Honda RS150R V3) di Malaysia, pelancaran dijangka pada bulan Jun atau Julai 2021