Honda Winner X Redbull daripada Speedway Motorsports Centre, dilengkapi enjin dengan spec 65 190cc

Selepas muncul dengan model Honda Winner X Repsol Turbo, Speedway Motorsports Centre kini memperkenalkan pula model seterusnya Honda Winner X Redbull, yang turut tampil dengan modifikasi ekstrem yang kelihatan cukup kemas dan berkualiti.

Honda Winner X Redbull ini menggunakan enjin yang telah dinaik taraf kepada spec 65 190cc, dengan pelbagai kelengkapan premium seperti fork USD daripada Ducati, brek master pump Ducati, kaliper brek BMW S1000, suspensi monoshock YSS G-Racing, lengan ayun KTM RC8, sistem ekzos Akrapovic dan kaliper Brembo belakang P34.

Turut melengkapi model tersebut ialah rantai perlumbaan Regina 520, footrest Rizoma ZX10R dan tayar depan belakang Timsun berdiameter 120/70 dan 190/55. Tema grafik Redbull menyerlahkan lagi penampilan model Honda Winner X versi Malaysia ini.

Honda Winner X sememangnya merupakan sebuah model moped generasi baharu yang mempunyai potensi pengubahsuaian yang luas dan pelbagai, termasuklah enjin yang boleh dipertingkatkan prestasinya ke tahap maksimum. Diharapkan pihak Boon Siew Honda melancarkan segera Winner X untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Sumber : Speedway Motorsports Centre FB

Artikel Popular Minggu Ini :