Honda ADV150 2022 diperkenalkan di pasaran USA, pilihan warna baharu Candy Rose Red

Untuk pasaran USA, Honda ADV150 2021 diperkenalkan dalam bulan April 2020 yang lalu. Bagi model tahun 2022 yang diperkenalkan hari ini pula, Honda ADV150 2022 kini didatangkan dalam satu pilihan warna baharu yang menarik iaitu Candy Rose Red.

Jika model tahun 2021 masih lagi ditawarkan, ini bermakna Honda ADV150 di pasaran USA kini tersedia dalam dua pilihan warna, termasuk warna bagi model tahun 2021 iaitu Matte Black Metallic. Spesifikasi teknikal pula masih sama dan tiada perubahan baharu.

Berkenaan harga, Honda ADV150 2022 kini ditawarkan pada harga jualan $4,299.00, bersamaan RM 17,410.95 mengikut kadar semasa. Untuk pasaran Malaysia, Honda ADV150 2021 baru saja dilancarkan, dengan harga asas sebanyak RM 11,999.00.

Artikel Popular Minggu Ini :