Harga jualan Harley-Davidson Pan America 1250 2021 untuk pasaran Malaysia diumumkan, bermula dari RM 99,900.00

Model kembara terbaharu Harley-Davidson Pan America 1250 baru saja dilancarkan di pasaran Amerika Syarikat (USA) dalam bulan Februari yang lepas. Dan kini untuk pasaran Malaysia pula, Harley-Davidson of Petaling Jaya telah membuka tempahan untuk model berkenaan, termasuklah mengumumkan harga jualannya seperti berikut :

  • 2021 Harley-Davidson Pan America 1250 (Vivid Black) : RM 99,900.00
  • 2021 Harley-Davidson Pan America 1250 (Color) : RM 101,900.00
  • 2021 Harley-Davidson Pan America 1250 Special (Vivid Black) : RM 115,900.00
  • 2021 Harley-Davidson Pan America 1250 Special (Color) : RM 116,900.00
  • 2021 Harley-Davidson Pan America 1250 Special (Two-Tone) : RM 118,900.00

Kesemua harga yang disebutkan itu adalah harga asas, tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan. Harley-Davidson Pan America 1250 untuk pasaran Malaysia turut didatangkan dengan tempoh jaminan antarabangsa selama 2 tahun. Anda boleh layari laman FB Harley-Davidson of Petaling Jaya untuk maklumat selanjutnya.

Artikel Popular Minggu Ini :