Petronas SRT memperkenalkan pelumba dan jentera rasmi MotoGP untuk musim 2021

Pasukan MotoGP kebanggaan negara Petronas Sepang Racing Team (SRT) kelmarin rasmi memperkenalkan dua pelumbanya untuk musim perlumbaan 2021, termasuk memperkenalkan jentera dengan livery baharu dan pakaian lumba yang digunakan.

Bagi musim 2021, Petronas SRT kini mendapatkan khidmat pelumba handalan bertaraf veteran Valentino Rossi, di samping pelumba yang beraksi bersama mereka pada musim lepas iaitu Franco Morbidelli. Rossi akan menggunakan jentera Yamaha YZR-M1 bernombor 46, manakala Morbidelli kekal dengan jentera YZR-M1 bernombor 21.

Untuk musim 2021, barisan pelumba Petronas SRT turut merangkumi pelumba Moto2 iaitu Xavi Vierge dan Jake Dixon, manakala pelumba Moto3 dibarisi oleh John McPhee dan Darryn Binder. Nampaknya tiada kelibat pelumba tempatan untuk musim 2021.

Dengan rasminya pengenalan barisan pelumba dan jentera perlumbaan MotoGP Petronas SRT untuk musim 2021, boleh dikatakan sangat menarik sebenarnya untuk kita melihat sejauh manakah kemampuan pasukan tempatan tersebut pada kali ini.

Artikel Popular Minggu Ini :