Yamaha Y15ZR V2 dijangka akan turun harga, namun adakah pembeli akan tetap memilih Yamaha Y15ZR V3?

Untuk pasaran Malaysia, Yamaha Y15ZR V2 dikhabarkan akan terus ditawarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM), walaupun selepas pelancaran Yamaha Y15ZR V3 tidak lama lagi. Ketika ini harga jualan Yamaha Y15ZR V2 yang ditetapkan oleh para pekedai adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga jualan runcit.

Ini kerana Yamaha Y15ZR V2 mendapat permintaan yang tinggi daripada pengguna motosikal tempatan, disebabkan reka bentuknya yang sporty dan menawan. Prestasi yang ditawarkan juga tidak kurang hebatnya, di samping spesifikasinya yang canggih dan moden. Tiada model lain yang dapat menandingi Yamaha Y15ZR V2 ketika ini.

Namun apabila Yamaha Y15ZR V3 (Yamaha Exciter 155 VVA) dilancarkan nanti, yang dijangka dalam bulan April 2021, harganya pasti lebih tinggi berbanding harga Yamaha Y15ZR V2. Mungkin harga runcitnya nanti boleh mencecah sehingga RM 10k. Harga di kedai pula dijangka akan lebih mahal, pastinya mencapai angka belasan ribu ringgit.

Dengan harga Yamaha Y15ZR V2 nanti dijangka kembali ke paras normal sekitar RM 8,500.00 sehingga RM 9,000.00, dan harga Yamaha Y15ZR V3 bermain-main di paras belasan ribu, timbul persoalah model manakah yang akan menjadi pilihan pengguna nanti? Adakah Yamaha Y15ZR V2 masih lagi berbaloi, walaupun telah ketinggalan?

Atau adakah kebanyakan pembeli akan terus memilih Yamaha Y15ZR V3 tanpa banyak soal, walaupu terpaksa berbelanja lebih dan membayar ansuran bulanan yang lebih tinggi? Berdasarkan ramalan Arena Motosikal, majoriti para peminat Yamaha akan tetap memilih Yamaha Y15ZR V3, walaupun harga jualannya nanti jauh lebih mahal.

Kebaikannya ialah untuk peminat Yamaha yang tidak mahu berbelanja lebih dan tetap berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh Yamaha Y15ZR V2, mereka kini dapat memiliki sebuah model yang cukup menarik, sporty, berprestasi dan kekal moden pada harga yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga jualannya sebelum ini.

Berdasarkan logik, tidak mungkin harga Yamaha Y15ZR V2 akan kekal tinggi selepas Yamaha Y15ZR V3 dilancarkan nanti. Ini kerana jika harga kedua-duanya hampir sama, sudah tentu ramai yang akan memilih Yamaha Y15ZR V3. Pada pendapat anda, mana satu pilihan lebih berbaloi selepas ini? Yamaha Y15ZR V2 atau Yamaha Y15ZR V3?

Artikel Popular Minggu Ini :