Wottan Motor merupakan sebuah jenama pengeluar motosikal tempatan dari Sepanyol, yang ketika ini menawarkan beberapa buah model skuter dan sport bike. Salah satu model yang ditawarkan ialah Wottan Motor GP1 2020 yang dilengkapi enjin bersesaran 125cc (1-cylinder, 4-stroke, liquid-cooled) dengan sistem suntikan bahan api EFI.
Enjin tersebut dipadankan transmisi lima kelajuan, dan menghasilkan kuasa maksimum 12.7hp @ 7,500rpm dengan tork puncak 10.5Nm @ 6,000rpm. Kapasiti tangki bahan apinya ialah 14 liter. Sistem suspensinya terdiri daripada fork teleskopik di bahagian roda depan, yang bergandingan dengan penyerap hentak belakang monoshock.
Sistem brek depan merupakan cakera berkembar dengan diameter 300 mm, bersama-sama cakera belakang tunggal 240 mm. Ukuran tayar depannya ialah 110/70-17 dan ukuran tayar belakang ialah 150/70-17, dengan berat motosikal mencapai 159 kg. Skim pilihan warna yang ditawarkan adalah pelbagai dengan penampilan yang menyerlah.
Model-model skuter dan motosikal yang ditawarkan oleh Wottan Motor untuk pasaran Sepanyol ini sebenarnya adalah merupakan model-model keluaran syarikat Zhejiang Chuangtai Motorcycle Co., Ltd. yang berasal dari China, atau lebih dikenali dengan nama TARO. Taro GP1 400R antara model menarik keluaran syarikat berkenaan.
Artikel Popular Minggu Ini :
-
Benelli R18i 2021 dilancarkan untuk pasaran Malaysia, enjin bersesaran 174cc, harga asas bermula dari RM 7,999.00
-
Ottimo sedang membangunkan model super moped baharu untuk pasaran Malaysia, bakal dilengkapi enjin 175cc
-
Honda Winner X versi Malaysia, berasal dari Honda RS150R
-
Spyshot Honda Winner X (Honda RS150R V3) di Malaysia, pelancaran dijangka pada bulan Jun atau Julai 2021