Suzuki GSX-S750 ABS 2021 terima kemaskini warna baharu di pasaran Jepun

Untuk pasaran domestik Jepun, Suzuki baru-baru ini memperkenalkan model naked Suzuki GSX-S750 ABS 2021, yang kini didatangkan dengan kemaskini tiga skim pilihan warna terbaharu. Ketiga-tiga pilihan warna terbaharu itu ialah Glass Sparkle Black / Triton Blue Metallic, Allt Gray Metallic / Glass Sparkle Black dan Matte Black Metallic.

Harga jualan yang ditawarkan adalah sebanyak 987,800 Yen, bersamaan RM 37,633.00 mengikut kadar semasa. Suzuki GSX-S750 ABS dilengkapi enjin 749cc (4-stroke, liquid-cooled, DOHC, in-line four) dengan transmisi enam kelajuan, seterusnya menghasilkan kuasa maksimum 112PS @ 10,500rpm dengan tork maksimum 80Nm @ 9,000rpm.

Spesifikasi lain yang melengkapi model naked sporty tersebut termasuklah panel meter digital LCD, suiz handlebar di sebelah kiri, Suzuki Easy Start System, Traction Control System, sistem brek ABS dual-channel, fork depan jenis terbalik, tinggi tempat duduk 820 mm, tangki bahan api dengan kapasiti penuh 16 liter dan berat keseluruhan 212 kg.

Artikel Popular Minggu Ini :