Honda ADV150 Adventure Concept bersedia untuk menjelajah dengan penampilan penuh bergaya dan sporty

Sebelum ini kita semua telah menyaksikan model-model sporty Honda ADV150 Sports Concept yang tampil dengan gaya modifikasi ekstrem dan memukau. Kali ini kita lihat pula model-model Honda ADV150 Adventure Concept yang tidak kurang menariknya, yang kini bersedia untuk aktiviti penjelajahan dengan penampilan penuh bergaya.

Model-model Honda ADV150 Adventure Concept ini telah mengekalkan konsep asal skuter Honda ADV150 sebagai sebuah model kembara, termasuk keupayaannya yang sedikit sebanyak mampu meredah laluan yang serba mencabar. Model-model konsep ini dilengkapi tayar bercirikan all-terrain dan dual-purpose yang menepati konsepnya.

Adakah para pemilik model skuter Honda ADV150 di pasaran Malaysia akan melakukan pengubahsuaian seperti mana-mana model konsep ini? Atau mungkin selesa dengan hanya membiarkannya dalam keadaan standard, dengan tambahan kotak barangan di bahagian belakang sahaja yang sudah pasti memadai untuk sebarang aktiviti harian.

Sumber : Webike.net