Galeri gambar-gambar menarik skuter WMoto ES125 2021

WMoto Malaysia baru-baru ini dengan rasminya melancarkan model skuter terbaharu WMoto ES125 2021. Model tersebut didatangkan empat pilihan warna menarik seperti Merah, Kelabu dan Hitam untuk versi Standard, dan Biru Turquoise untuk versi Special Edition (SE). Harga asasnya ialah RM 4,588.00 (Standard) dan RM 4,888.00 (SE).

WMoto ES125 dikuasakan enjin 118.8cc (single-cylinder, air-cooled) dan dipadankan dengan transmisi automatik CVT. Enjin yang mesra alam itu dilengkapi teknologi ECS (Environment Care System) dengan kuasa maksimum 8.7hp @ 7,500rpm dan tork maksimum 9.5Nm @ 6,000rpm. Kapasiti penuh tangki bahan apinya ialah 3.0 liter.

Antara ciri-ciri menarik yang melengkapi WMoto ES125 termasuklah sistem brek cakera di bahagian roda hadapan, penyerap hentak belakang daripada jenama Kayaba, port pengecas USB 2.0 untuk kemudahan mengecas telefon bimbit, ruang kompatmen di bahagian ruang hadapan dan ruang simpanan di bawah tempat duduk seluas 9.0 liter.

Selain itu ianya juga dilengkapi lampu hadapan dengan ciri lampu DRL yang terang. WMoto ES125 mempunyai berat hanya 95 kg untuk pengendalian yang mudah dan sesuai untuk perjalanan harian. Untuk anda yang mahu melihat paparan model tersebut dengan lebih dekat, saksikan gambar-gambar menariknya di dalam galeri di bawah.

Sumber gambar : Ee Tiong Motorsports Sdn. Bhd. FB