Untuk peminat motosikal dalam segmen kompak atau fun bike, Benelli Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu telah menawarkan model Benelli TNT135. Ketika ini model tersebut ditawarkan di pasaran tempatan dalam varian Standard, SE (Special Edition) dan LE (Limited Edition), dalam beberapa pilihan warna menarik termasuk warna hijau.
Benelli TNT135 dilengkapi enjin bersesaran 134.7cc (oil-cooled, vertical single, SOHC, 4-valves) dengan teknologi sistem suntikan bahan api elektronik, dan dipadankan kotak gear lima kelajuan. Enjin tersebut menghasilkan prestasi yang memuaskan pada paras maksimum 13hp @ 9,000rpm dengan tork maksimum 10.8Nm @ 7,000rpm.
Spesifikasi lain yang melengkapi Benelli TNT135 termasuklah tangki bahan api dengan kapasiti 7.2 liter, fork depan jenis upside down 41 mm, suspensi belakang monoshock, brek cakera depan 220 mm dengan kaliper dua piston, brek cakera belakang 190 mm, dan ukuran tayar depan dan belakang masing-masing 120/70-12 dan 130/70-12.
Benelli TNT135 mempunyai berat hanya 116 kg dan menawarkan corak pengendalian dan tunggangan yang lincah serta menyeronokkan. Untuk maklumat lebih lanjut tentang spesifikasi penuh dan pilihan aksesori yang ditawarkan untuk model kompak tersebut, anda boleh merujuk kepada paparan brosur yang disiarkan di dalam galeri di bawah.
Benelli TNT135 di pasaran Malaysia dijual pada harga di antara RM 8,000.00 sehingga RM 10,000.00. Berdasarkan tinjauan di dalam laman sesawang Mudah.my, harga yang ditawarkan adalah lebih rendah berbanding harga jualan runcit yang ditetapkan. Untuk maklumat lebih tepat, anda boleh kunjungi wakil penjual Benelli yang berdekatan.