Kawasaki Motor Indonesia (KMI) baru-baru ini mengumumkan model Kawasaki W175 SE 2021 telah didatangkan pilihan dua warna baharu iaitu Matte Urban City White dan Metallic Ocean Blue. Selain itu juga didapati terdapat pilihan warna Ebony, yang mana ianya dipercayai pilihan warna yang dibawakan daripada model tahun sebelumnya.
Kawasaki W175 SE dikuasakan enjin bersesaran 177cc (Air-cooled, 4-stroke, Single, SOHC, 2 valves) dengan padanan transmisi lima kelajuan. Sistem penyampaian bahan apinya ialah karburetor (Mikuni VM24), dengan kuasa maksimum 13PS @ 7,500rpm dan tork maksimum 13.2Nm @ 6,000rpm. Kapasiti tangki bahan apinya ialah 14 liter.
Spesifikasi lain yang melengkapi model bergaya klasik dan elegan itu termasuklah fork depan teleskopik 30 mm, supensi belakang berkembar (adjustable spring preload), brek cakera depan 220 mm, tayar depan dalam siri 80/100-17M/C 46P dan tayar belakang dalam siri 100/90-17M/C 55P, serta berat yang mencapai angka 126 kg (curb weight).
Untuk pasaran Indonesia, Kawasaki W175 SE 2021 ditawarkan pada harga sebanyak Rp. 32,800,000, bersamaan nilai RM 9,432.00 mengikut kadar semasa. Untuk pasaran Malaysia, buat masa ini Kawasaki Motors Malaysia tidak menawarkan model tersebut. Model dalam siri W yang ada di pasaran Malaysia ketika ini ialah Kawasaki W800.