Sejak pelancaran model terbaharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 di pasaran Vietnam baru-baru ini, ramai peminat motosikal moped tersebut di pasaran Malaysia tertanya-tanya bilakah ianya akan dilancarkan di pasaran tempatan. Setakat ini terdapat sumber yang mengatakan bahawa pelancarannya akan berlangsung pada bulan April 2021.
Jika kita imbas kembali pelancaran model Yamaha Y15ZR V2, ianya berlangsung dalam bulan Mac 2019, iaitu selepas pelancaran Yamaha Exciter 150 V2 di pasaran Thailand dalam bulan Februari 2019. Jadi adakah kemungkinan Yamaha Y15ZR V3 hanya akan dilancarkan selepas Thailand terlebih dahulu menerima Yamaha Exciter 155 VVA?
Kemungkinan tersebut sememangnya berasas kerana kebiasaannya Thailand akan menerima terlebih dahulu model-model motosikal terbaharu keluaran Yamaha. Selepas Thailand, barulah ianya dilancarkan pula di pasaran Malaysia. Setakat ini model skuter terbaharu Yamaha Aerox 2021 telah pun dilancarkan di pasaran Thailand baru-baru ini.
Untuk pasaran Thailand, buat masa ini belum dapat dipastikan bilakah model terbaharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 akan dilancarkan secara rasmi. Namun ianya dijangka tidak akan menunggu masa yang terlalu lama. Selepas pelancaran di pasaran Thailand, bermakna peminat di Malaysia boleh bersiap-sedia menunggu giliran pelancarannya.
Namun begitu ini hanyalah jangkaan awal sahaja. Tidak mustahil Yamaha Y15ZR V3 2021 akan dilancarkan terlebih dahulu, dan selepas itu barulah ianya akan dilancarkan di pasaran Thailand. Bagaimanapun berdasarkan pelancaran model-model terdahulu keluaran Yamaha, pasaran Thailand kelihatannya sentiasa berada di depan Malaysia.