Ini merupakan model naked Ronco Voltra 200R yang ketika ini ditawarkan di pasaran Peru, Amerika Selatan. Apa yang menariknya berkenaan model ini ialah reka bentuknya yang sporty dan kemas, bagaikan berasal daripada jenama motosikal terkenal.
Ronco Voltra 200R dikuasakan enjin berkapasiti 200cc (1-cylinder, 4-stroke, SOHC, air-cooled), yang menawarkan kuasa maksimum 16hp @ 8,000rpm dan tork puncak 11Nm @ 7,500rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan transmisi lima kelajuan.
Untuk perjalanan yang lebih jauh, ianya dilengkapi tangki bahan api dengan kapasiti 12 liter. Sistem suspensinya terdiri daripada fork depan teleskopik, yang digandingkan dengan suspensi belakang monoshock yang dipasangkan di bahagian sebelah kanan.
Ciri-ciri menarik lain yang melengkapi Ronco Voltra 200R ini termasuklah sistem brek cakera di bahagian roda depan dan belakang, kedudukan ekzos di bahagian bawah dan berat kering 127 kg. Kelajuan maksimumnya dikatakan mencapai angka 130 km/j.