Paparan gambar di atas sekadar hiasan
Pengeluar motosikal tempatan Aveta Global Marketing Sdn. Bhd. kini semakin rancak menawarkan beberapa buah model motosikal terbaharu di pasaran Malaysia, bermula sejak tahun 2020 yang lepas. Terkini, syarikat tersebut baru saja melancarkan model Aveta VS110 2021 terbaharu, dengan harga jualan sebanyak RM 3,588.00 OTR.
Paling menarik ialah Aveta Global Marketing telah mengumumkan bahawa sebuah lagi model terbaharu bakal dilancarkan untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi, dikenali dengan nama Aveta VS13 2021. Belum ada maklumat jelas mengenai spesifikasinya, namun berdasarkan namanya, mungkin ianya akan dilengkapi enjin berkapasiti 125cc.
Setakat ini apa yang boleh dikatakan, Aveta VS13 dijangka akan tampil dengan rekaan yang sporty, di samping spesifikasi teknikalnya yang memuaskan. Tarikh pelancarannya pula mungkin akan berlangsung pada atau selepas pertengahan tahun ini. Pelancaran Aveta VS13 nanti pastinya bakal memberikan lebih banyak pilihan kepada pengguna.