Di pasaran Greece, Daytona Motors turut mengedarkan model motosikal keluaran Zontes, antaranya model Zontes G155 yang diperkenalkan sejak pertengahan tahun 2020 yang lalu. Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu Black dan Black Gold, dengan harga jualan ditetapkan sebanyak € 2,645, bersamaan RM 12,968.03.
Zontes G155 di pasaran Greece ini dikuasakan enjin bersesaran 155cc (1-cylinder, liquid-cooled, 4-valve) yang mematuhi piawaian emisi Euro 5, seterusnya dipadankan transmisi enam kelajuan dengan sistem Assist & Slipper Clutch. Kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 18PS @ 9,250rpm dengan tork maksimum 16Nm @ 7,500rpm.
Melengkapkan lagi spesifikasinya ialah dua mod tunggangan iaitu Eco dan Sport, sistem lampu LED, panel meter digital, fork depan USD, suspensi monoshock dengan gas nitrogen, lengan ayun aluminium, rim aloi aluminium yang ringan dengan tayar ‘all-terrain’, dual port pengecas USB dan sistem brek cakera dengan ABS dual-channel.
Zontes G155 menggunakan tayar dalam ukuran 110/70-R17 (depan) dan 130/70-R17 (belakang), dengan ketinggian tempat duduk 830 mm dan berat berat penuh motosikal 160 kg. Ciri paling menariknya sudah tentu tangki bahan api dengan kapasiti maksimum 20 liter, yang dikatakan mampu menjangkau jarak perjalanan jauh sehingga 850 km.