Salah sebuah model motosikal keluaran CFMoto di pasaran Australia ialah CFMoto 150NK. Untuk musim 2021, model naked tersebut kini telah menerima kemaskini dua skim warna baharu yang lebih sporty dan segar iaitu Turquoise Blue dan Titanium Grey.
CFMoto 150NK 2021 menggunakan enjin bersesaran 149.4cc (single cylinder, 4 stroke, liquid cooled, EFI, SOHC) dengan transmisi enam kelajuan. Kuasa maksimum yang dihasilkan mencapai 14.4hp @ 9,000rpm dengan tork puncak 12.2Nm @ 6,800rpm.
Tangki bahan api model berkenaan didatangkan dalam kapasiti 10 liter. Fork depannya merupakan teleskopik jenis terbalik (upside-down), dan dipadankan dengan suspensi belakang monoshock. Brek cakera depannya berukuran 292mm dengan kaliper dua piston, sementara brek cakera belakang 220 mm dilengkapi kaliper satu piston.
Tayar depan dan belakang CFMoto 150NK didatangkan masing-masing dalam siri 100/80-R17 dan 130/70-R17. Ketinggian tempat duduknya hanya berada pada paras 775 mm sahaja. Beratnya yang ringan pula berada pada angka 135 kg (dry weight).
Melengkapkan lagi spesifikasi model naked yang lincah itu ialah panel meter digital LCD yang mudah dibaca dan sistem lampu LED yang terang dan jelas. CFMoto 150NK 2021 ditawarkan di pasaran Australia pada harga $3,490, bersamaan RM 10,915.63.