Model skuter Honda ADV150 2021 yang selama ini sangat dinanti-nantikan oleh ramai peminatnya di pasaran Malaysia, bakal dilancarkan secara rasmi pada jam 8.00 malam ini. Bagaimanapun sejak kelmarin, katalog atau brosur rasmi model tersebut telah pun bocor di dalam laman sosial Facebook, dengan paparan maklumat dan spesifikasinya.
Berdasarkan maklumat di dalam katalog tersebut, pasaran Malaysia akan ditawarkan pilihan satu varian sahaja iaitu varian teratas yang dilengkapi dengan sistem brek ABS. Pilihan warna pula hanya dua iaitu warna Vivacity Red dan Mat Charcoal Gray Metallic, berbanding pasaran negara jiran yang telah menerima beberapa pilihan warna baharu.
Untuk maklumat selanjutnya, anda boleh melihat sendiri paparan setiap maklumat di dalam katalog tersebut, di dalam galeri yang disediakan di bawah. Berkenaan harga, ianya akan didedahkan sewaktu majlis pelancaran rasmi pada malam nanti. Setakat ini harga model berkenaan dijangkakan sekitar antara RM 12k sehingga RM 13k sahaja.