Model motosikal kapcai yang kelihatan sangat cool ini ialah Rato Cool 110 yang ketika ini sudah pun ditawarkan di pasaran Malaysia. Namun untuk pasaran Malaysia, ianya telah dikemaskini semula agar lebih bersesuaian dengan citarasa pengguna tempatan.
Rato Cool 110 menggunakan enjin empat lejang bersesaran 113.4cc yang menawarkan kuasa maksimum 8.7hp @ 8,000rpm dan tork maksimum 9.0Nm @ 5,500rpm. Sistem transmisinya dipercayai empat kelajuan, dengan kapasiti tangki bahan api 3.8 liter.
Penampilan keseluruhan Rato Cool 110 ini bukan saja cool, malah unik dan tersendiri. Model ini sangat sesuai digunakan untuk tunggangan harian, juga sebagai kenderaan penghantaran. Tidak keterlaluan dikatakan ianya juga sesuai untuk aktiviti kembara.