Penampakan pertama unit sebenar Dayang ADV350 2021

Unit sebenar model skuter Dayang ADV350 2021 terbaharu keluaran syarikat Dayang Motorcycle dari China kini dikatakan telah terdedah buat pertama kalinya. Berdasarkan gambar-gambar di dalam galeri di bawah, model tersebut berada bersebelahan dengan model Dayang ADV150 2021, yang juga dikatakan bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Selain daripada gambar-gambar tersebut, tiada maklumat lain yang didedahkan setakat ini. Berdasarkan maklumat terdahulu, Dayang ADV350 2021 akan dilengkapi enjin satu silinder 350cc dengan sistem sejukan cecair. Ciri-ciri moden dan canggih yang akan melengkapinya nanti termasuklah panel meter digital, sistem lampu LED, brek ABS dua saluran dan kamera depan dan belakang, sama seperti pada model Dayang ADV150.

Dayang ADV350 2021 sebelum ini telah dijadualkan pelancarannya pada tarikh 28hb. Februari 2021. Dengan pelancaran model tersebut, Dayang Motorcycle kini selangkah di hadapan Honda, yang sebelum ini turut dilaporkan sedang membangunkan sebuah model ADV dengan enjin 350cc, yang dikenali dengan nama Honda ADV350 2021.

Sumber : Newmotor.com.cn