Yamaha baru-baru ini mengumumkan model Yamaha SR400 untuk pasaran domestik Jepun kini sudah sampai ke versi yang terakhir. Dikenali dengan nama Yamaha SR400 Final Edition, ianya akan berada di pasaran secara rasmi mulai tarikh 15hb. Mac 2021.
Untuk model Yamaha SR400 Final Edition, dua pilihan warna ditawarkan iaitu Dark Gray dan Blue. Manakala untuk model Yamaha SR400 Final Edition Limited dalam edisi terhad hanya 1,000 unit sahaja, ianya didatangkan dalam pilihan warna tunggal Black.
Yamaha SR400 mula diperkenalkan pada tahun 1978. Sejak pengeluaran pertamanya, personalitinya masih kekal sama dengan gaya rekaan sederhana sehingga kini. Begitu juga dengan enjinnya yang menggunakan satu silinder dan penghidup jenis tendang.
Yamaha SR400 Final Edition 2021 dikuasakan enjin bersesaran 399cc (air-cooled, 4-stroke, SOHC, 2-valve) dan dipadankan dengan transmisi lima kelajuan. Enjin tersebut menghasilkan kuasa maksimum 24PS @ 6,500rpm dengan tork 28Nm @ 3,000rpm.
Model bergaya klasik itu dilengkapi tangki bahan api 12 liter dan beratnya ialah 175 kg. Harga yang ditawarkan bermula dari 605,000 Yen (RM 23,639.75) untuk model SR400 Final Edition dan 748,000 Yen (RM 29,227.32) untuk SR400 Final Edition Limited.
Galeri : Yamaha SR400 Final Edition 2021
Galeri : Yamaha SR400 1978