Benelli 752S 2021 kini di pasaran Malaysia, RM 37,888.00

Antara model motosikal yang agak lama dinanti-nantikan ketibaannya, Benelli 752S kini ditawarkan di pasaran Malaysia dengan rasminya. Berdasarkan sumber dari Mudah.my, harga Benelli 752S untuk pasaran Malaysia ditetapkan sebanyak RM 37,888.00, boleh dikatakan sangat berpatutan apabila melihat kepada spesifikasi keseluruhannya.

Setakat ini pihak Benelli Malaysia atau pengedarnya MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. masih belum mengeluarkan siaran akhbar rasmi mengenai pelancaran model tersebut. Untuk anda yang mungkin berminat, boleh kunjungi bilik pameran Benelli yang terletak berdekatan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai model terbaharu ini.

Benelli 752S tampil dengan gaya rekaan yang sporty dan menawan. Jentera naked tersebut dilengkapi enjin dua silinder bersesaran 754cc dengan sistem sejukan cecair, yang kemudiannya dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Janaan kuasa yang terhasil mencapai 76.2hp @ 8,500rpm dengan tork maksimum 67Nm @ 6,500rpm.

Bagi menjamin kestabilan sewaktu tunggangan, Benelli 752S dilengkapi fork depan Marzocchi jenis terbalik (upside-down) dengan diameter 50mm, manakala ukuran travel suspensi depan keseluruhannya ialah 130 mm. Di bahagian belakang, lengan ayunnya digandingkan dengan suspensi monoshock yang boleh dilaras dengan travel 60 mm.

Perhatian kepada ciri keselamatan disempurnakan oleh sistem brek Brembo dengan dua cakera berkembar separuh terapung 320 mm dan kaliper empat piston, dan cakera 260 mm di bahagian roda belakang dengan kaliper terapung dua piston. Rim roda aloi aluminium 17 inci seterusnya dipasangkan tayar berukuran 120/70-17 dan 180/55-17.

Benelli 752S dilengkapi tangki bahan api berkapasiti 14.5 liter, manakala beratnya ialah 226g kg. Dengan harga jualannya yang berada di bawah paras RM 40k, adalah sangat menarik untuk melihat penerimaan peminat motosikal tempatan terhadap model naked yang berprestasi tinggi ini. Apa pula pendapat anda mengenai pelancaran model ini?

Artikel menarik minggu ini :