Katalog elektronik Yamaha NVX 155 VVA 2021 (Vietnam)

Model skuter terbaharu Yamaha NVX 155 VVA 2021 telah dilancarkan secara rasmi di pasaran Vietnam pada tarikh 02hb. November 2020. Untuk pasaran Malaysia, setakat ini pihak Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) telah dikesan sedang menguji model tersebut di jalan raya tempatan, sebagai persediaan sebelum melancarkannya.

Yamaha NVX 155 VVA 2021, atau dikenali sebagai Yamaha Aerox 155 Connected 2021 di pasaran Indonesia, telah diperkenalkan dengan reka bentuk facelift terbaharu yang kelihatan lebih sporty dan elegan, di samping hadir dengan beberapa peningkatan baharu dan terkini yang menjadikannya lebih menarik berbanding generasi terdahulu.

Untuk pasaran Vietnam, Yamaha telah mengeluarkan katalog elektronik untuk Yamaha NVX 155 VVA 2021, seperti mana anda boleh saksikan paparannya di dalam galeri di bawah. Sementara menantikan HLYM melancarkan Yamaha NVX 2021 untuk pasaran Malaysia, sedikit sebanyak katalog tersebut memberikan maklumat yang diperlukan.