Honda CBR600RR 2021 dilancarkan di pasaran Thailand, harga bersamaan RM 74,114.46

Model terbaharu Honda CBR600RR 2021 secara rasminya telah berada di pasaran domestik Jepun sejak bulan September 2020 yang lalu. Kemudiannya pada penghujung bulan November 2020, model tersebut dilancarkan di pasaran Thailand, dengan tanda harga 549,000 THB, bersamaan RM 74,114.46 mengikut nilai kadar tukaran semasa.

Didatangkan dalam warna tunggal Grand Prix Red, Honda CBR600RR 2021 dilengkapi enjin bersesaran 599cc (liquid-cooled, 4-stroke, 16-valve, DOHC inline-4 with PGM-FI) yang menghamburkan kuasa maksimum 121PS @ 14,000rpm dan tork puncak 64Nm @ 11,500rpm. Enjin tersebut dipadankan transmisi enam kelajuan dengan sistem Assist & Slipper Clutch, sementara sistem Quick Shifter tersedia sebagai pilihan (optional).

Selain daripada ciri aerodinamik terbaharu dengan winglet, Honda CBR600RR 2021 turut dilengkapi pelbagai teknologi moden dan canggih antaranya seperti sistem Throttle By Wire, Honda Selectable Torque Control, 5-axis Inertial Measurement Unit (IMU), 5 riding modes, 41mm inverted Showa Big Piston Fork with spring preload, HESD (Honda Electronic Steering Damper) dan kaliper brek radial depan berkembar dengan ABS.

Selain itu ialah teknologi Power Selector, Engine Brake, Wheelie Control, sistem lampu LED sepenuhnya, paparan instrumen digital TFT berwarna dan ciri lampu keselamatan Emergency Stop Signal (ESS). Untuk pasaran Malaysia, belum pasti model ini akan dibawa masuk memandangkan harga jualannya di pasaran Thailand yang agak tinggi.

Artikel menarik minggu ini :