Yamaha YZF-R15 2021 dilancarkan di pasaran Indonesia, harga bersamaan RM 10,735.29 OTR

Selepas pasaran Malaysia dan Thailand, kini tiba pula giliran pasaran Indonesia untuk menerima kehadiran Yamaha YZF-R15 dengan kemaskini warna terbaharu. Baru saja dilancarkan hari ini, oleh itu ianya dikenali sebagai model tahun 2021, namun pilihan warna yang ditawarkan sama seperti model di pasaran Malaysia dan juga Thailand.

Yamaha YZF-R15 2021 di pasaran Indonesia kini ditawarkan dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Metallic Blue, Matte Silver dan Matte Black. Bagi warna Matte Silver, ianya tidak ditawarkan di pasaran Malaysia yang hanya menerima dua pilihan warna sahaja. Harga pula kekal sama iaitu Rp. 37,080,000, bersamaan RM 10,735.29 (OTR Jakarta).

Sepanjang tahun 2021 ini, Yamaha dijangka tidak akan melakukan rombakan besar untuk YZF-R15, walaupun Honda baru saja melancarkan model Honda CB150R 2021 yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri baharu yang canggih dan terkini. Setakat ini, Yamaha YZF-R15 di pasaran Indonesia masih mengekalkan spesifikasi terdahulu.

Yamaha YZF-R15 2021 dikuasakan enjin bersesaran 155cc (Single Cylinder, 4-Stroke, SOHC, VVA) dengan transmisi enam kelajuan, dan ianya turut dilengkapi sistem Assist & Slipper Clutch. Kuasa maksimum yang dihasilkan oleh model tersebut sudah cukup memuaskan iaitu 19hp @ 10,000rpm dengan tork maksimum 14.7Nm @ 8,500rpm.

Artikel menarik minggu ini :