Suzuki Satria F150 2021 dilancarkan di pasaran Vietnam dengan tiga pilihan warna terbaharu

Pasaran Vietnam boleh dikatakan bertuah dan unik kerana Suzuki menawarkan dua model yang sememangnya sama namun berbeza nama iaitu Suzuki Raider R150 dan Suzuki Satria F150. Berdasarkan maklumat terdahulu, Raider R150 dilancarkan pada tahun 2016 di pasaran Vietnam, manakala Satria F150 dilancarkan pada tahun 2020.

Buat masa ini Suzuki Raider R150 2021 telah dilancarkan di pasaran Vietnam dengan kemaskini tiga pilihan warna terbaharu, pada bulan Oktober 2020 yang lepas. Dan kini tiba pula giliran Suzuki Satria F150 2021, yang juga dilancarkan dengan kemaskini tiga pilihan warna terbaharu yang kelihatan lebih sporty dan lebih segar penampilannya.

Berdasarkan maklumat di dalam siaran akhbar yang diterbitkan, spesifikasi teknikal yang melengkapi Suzuki Satria F150 2021 terbaharu masih lagi sama seperti model tahun sebelumnya. Enjin 147.3cc (DOHC, 4-stroke, 4-valve, 6-speed, liquid-cooled) yang melengkapinya sehingga kini masih lagi menawarkan prestasi yang memuaskan.

Suzuki Satria F150 2021 terbaharu ditawarkan pada harga sebanyak 51,990,000 VND, bersamaan RM 9,087.80 mengikut kadar semasa. Ianya berada di pasaran Vietnam secara rasmi bermula hari ini (15hb. Januari 2021), merupakan unit yang dibawa masuk secara terus dari Indonesia sebagai sebuah model yang siap terpasang sepenuhnya.

Artikel menarik minggu ini :