Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Model moped Yamaha Exciter 155 VVA 2021 serba baharu kini secara rasminya telah berada di pasaran Vietnam sejak awal Januari yang lepas. Setakat ini kita semua telah mengetahui semua maklumat berkenaan spesifikasi model tersebut, namun tentu masih ramai yang mahukan maklumat secara terperinci melalui katalog atau brosur rasmi.

Oleh itu kali ini Arena Motosikal siarkan paparan katalog elektronik rasmi untuk model Yamaha Exciter 155 VVA 2021, yang memberikan maklumat lebih terperinci dan lebih lengkap. Walaupun ianya ditulis di dalam bahasa Vietnam, sekurang-kurangnya sedikit sebanyak kita semua akan mendapat maklumat tambahan melalui setiap pemerhatian.

Antaranya ialah paparan mengenai pilihan aksesori asli yang ditawarkan untuk model tersebut di pasaran Vietnam, seperti mudguard belakang baharu (rear mudguard splash protector) dan bakul kepit yang direka khas oleh Yamaha. Timbul pula persoalan sama ada Exciter 155 VVA ini boleh dipasang bakul biasa yang lebih popular di negara kita.

Sedikit maklumat tambahan, Yamaha Exciter 155 VVA 2021 versi GP Edition kini telah pun dibawa masuk ke Malaysia, antaranya oleh ESR Motor yang boleh anda saksikan dalam video seperti di atas. Model tersebut kalau tidak silap dileraikan dahulu untuk di bawa masuk ke negara kita, sebelum ianya dipasang semula untuk tontonan ramai.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?