Honda PCX 2021 di pasaran Jepun terima kemaskini baharu, spesifikasi dipertingkatkan

Honda baru-baru ini memperkenalkan tiga model terbaharu skuter PCX 2021 untuk pasaran Jepun, iaitu PCX, PCX160 dan PCX e:HEV. Ketiga-tiga model tersebut hadir dengan penampilan ‘facelift’ terbaharu yang lebih sporty dan elegan, di samping enjin baharu yang lebih cekap bersama-sama beberapa spesifikasi yang dipertingkatkan.

Untuk pasaran domestik Jepun, Honda PCX 2021 merupakan model yang sama seperti mana model Honda PCX125 2021 yang diperkenalkan di pasaran Eropah pada bulan November 2020 yang lepas. Pilihan warna yang ditawarkan pula lima kesemuanya, dan ianya akan berada di pasaran Jepun secara rasmi mulai tarikh 28hb. Januari 2021.

Secara keseluruhannya, Honda PCX 2021 mempunyai persamaan dengan model Honda PCX160 2021, kecuali dibezakan oleh kapasiti enjin dan jumlah keluaran kuasa dan tork yang dihasilkan. Harga yang ditawarkan untuk PCX juga lebih rendah iaitu sebanyak 357,500 Yen, bersamaan RM 13,938.06 mengikut kadar tukaran semasa.

Berdasarkan strategi pemasaran oleh Boon Siew Honda Sdn. Bhd. untuk pasaran Malaysia sebelum ini, syarikat tersebut dijangka akan melancarkan model terbaharu Honda PCX160 2021 pada tahun depan, sementara Honda PCX e:HEV 2021 akan dilancarkan bagi menggantikan model PCX Hybrid yang masih ditawarkan ketika ini.