Suzuki GSX250R ABS 2021 diperkenalkan untuk pasaran USA, varian Non-ABS tidak lagi ditawarkan

Suzuki GSX250R dilancarkan buat pertama kali di pasaran USA sekitar pertengahan tahun 2017 yang lalu, sebagai model tahun 2018. Tiga pilihan warna ditawarkan pada ketika itu dan sistem brek untuk model berkenaan masih belum dilengkapi ABS.

Kemudiannya bagi model tahun 2019 dan 2020, Suzuki GSX250R masih mengekalkan tiga pilihan warna dan kini didatangkan dalam varian ABS dan Non-ABS. Varian ABS hanya ditawarkan dalam satu warna sahaja dan dua warna untuk varian Non-ABS.

Bagi model tahun 2021, Suzuki GSX250R kini hanya ditawarkan dalam varian tunggal ABS sahaja, bersama-sama satu pilihan warna tunggal. Tidak dapat dipastikan kenapa varian Non-ABS tidak lagi ditawarkan untuk pasaran USA bagi model tahun 2021.

Sementara itu di pasaran Jepun, Suzuki GSX250R 2021 baru saja diperkenalkan dan kali ini model sport bike tersebut telah dilengkapi sistem brek ABS. Mungkin untuk tahun 2021, Suzuki GSX250R hanya akan ditawarkan dalam versi dengan ABS sahaja.

Berdasarkan tinjauan di dalam laman sesawang Suzuki Canada pula, Suzuki GSX250R 2021 hanya tersedia dalam varian ABS sahaja, tiada lagi varian Non-ABS seperti model tahun 2020. Pasaran Turki juga hanya menawarkan varian ABS sahaja ketika ini.

Untuk pasaran UK pula, didapati Suzuki GSX250R kini tidak lagi dipaparkan di dalam laman sesawang Suzuki UK, mungkin kerana model tersebut tidak akan lagi ditawarkan mulai tahun depan kerana piawaian Euro 5 akan berkuatkuasa mulai 1 Januari 2021.

Di pasaran Perancis bagaimanapun model berkenaan masih lagi ditawarkan ketika ini, namun enjinnya didapati kekal bertaraf Euro 4. Nasib model tersebut selepas ini untuk pasaran Eropah mungkin akan berakhir jika enjinnya tidak dinaiktaraf untuk tahun 2021.

Berkenaan spesifikasi teknikal, melalui pemerhatian yang dilakukan setakat ini didapati tiada sebarang perubahan di antara model tahun 2020 dan tahun 2021. Entah kenapa Suzuki GSX250R masih belum menerima sebarang perubahan signifikan sehingga kini.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?