Honda CBR250RR 2021 kini di pasaran Hong Kong, harga ditawarkan bersamaan RM 41,264.55

Honda CBR250RR 2021 boleh dikatakan sebuah model eksklusif, ditawarkan secara rasmi di beberapa buah negara sahaja seperti Indonesia, Thailand, Jepun, Hong Kong, Macau dan juga di pasaran Malaysia baru-baru ini. Model sport bike berprestasi itu juga dibawa masuk oleh pengimport bebas ke pasaran Taiwan, Vietnam dan Turki.

Untuk pasaran Hong Kong, Honda CBR250RR 2021 yang ditawarkan ketika ini ialah versi paling terkini dan hadir dengan jumlah kuasa dan tork yang lebih tinggi berbanding model tahun sebelumnya, di samping dilengkapi spesifikasi yang hampir lengkap. Ianya adalah sama dengan model Honda CBR250RR 2021 yang dijual di pasaran Jepun.

Bagaimanapun melihat kepada tanda harga yang ditawarkan, mungkin inilah model Honda CBR250RR 2021 paling mahal pernah dijual. Untuk pasaran Hong Kong, model berkenaan dijual dengan harga sebanyak 78,800 HKD, bersamaan nilai RM 41,264.55 mengikut kadar semasa. Ianya menyamai harga Kawasaki Ninja ZX-25R 2021.

Oleh kerana versi yang dijual di pasaran Hong Kong adalah sama dengan versi di pasaran Jepun, oleh itu model tersebut didatangkan dalam empat pilihan warna. Cuma kekurangannya ialah sistem Quickshifter merupakan ciri pilihan dan bukannya standard seperti mana yang ditawarkan untuk Honda CBR250RR 2021 di pasaran Malaysia.

Jadi betapa bertuahnya kita semua kerana ditawarkan sebuah model CBR250RR yang serba lengkap, pada harga asas yang boleh dikatakan sangat berpatutan iaitu sebanyak RM 25,999.00 sahaja. Bagaimanapun perbandingan harga untuk pasaran Malaysia dan Hong Kong mungkin kurang tepat, kerana perbezaan nilai mata wang dan pendapatan.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?