Bagi mengimbas kembali kejayaan Suzuki dalam merangkul tujuh kejuaraan MotoGP sejak tahun 1976 sehingga 2020, Suzuki baru-baru ini memperkenalkan tujuh model istimewa Suzuki GSX-R1000R Legend Edition 2021 khusus untuk pasaran Eropah.
Setiap model didatangkan dengan livery khas yang tersendiri, diilhamkan daripada jentera MotoGP Suzuki yang merangkul kejuaraan bagi tahun 1976, 1977, 1981, 1982, 1993, 2000 dan 2020. Pada masa yang sama ianya juga suatu penghormatan kepada setiap pelumba yang memenangi ketujuh-tujuh kejuaraan MotoGP tersebut.
Berikut ialah senarai tujuh model istimewa Suzuki GSX-R1000R Legend Edition 2021, dikeluarkan berdasarkan tahun kejuaraan dan nama bagi setiap pelumba :
- 2021 Suzuki GSX-R1000R Legend Edition (1976 – Barry Sheene)
- 2021 Suzuki GSX-R1000R Legend Edition (1977 – Barry Sheene)
- 2021 Suzuki GSX-R1000R Legend Edition (1981 – Marco Lucchinelli)
- 2021 Suzuki GSX-R1000R Legend Edition (1982 – Franco Uncini)
- 2021 Suzuki GSX-R1000R Legend Edition (1993 – Kevin Schwantz)
- 2021 Suzuki GSX-R1000R Legend Edition (2000 – Kenny Roberts Jr.)
- 2021 Suzuki GSX-R1000R Legend Edition (2020 – Joan Mir)
Selain daripada livery berdasarkan livery asal jentera perlumbaan MotoGP Suzuki, setiap model GSX-R1000R Legend Edition juga dilengkapi sistem ekzos Akrapovic dan penutup (cover) tempat duduk belakang. Harga yang ditawarkan bagi setiap model adalah sebanyak € 22,500, bersamaan RM 111,497.33 mengikut kadar semasa.