Yamaha Super Ténéré ES 2021 di pasaran USA, harga $16,299

Yamaha Super Ténéré ES 2021 secara rasminya berada di pasaran USA mulai bulan Disember 2020, dan boleh didapati dalam pilihan warna tunggal Matte Raven Black. Berharga sebanyak $16,299, ianya bersamaan RM 66,035.40 mengikut kadar semasa.

Enjinnya bersesaran 1199cc (liquid-cooled inline 2-cylinder; DOHC; 8 valves) dan dipadankan transmisi enam kelajuan. Namun jumlah kuasa dan tork yang dihasilkan oleh enjin tersebut tidak dipaparkan di dalam laman sesawang Yamaha Motor USA.

Ciri-ciri utama yang melengkapi Super Ténéré ES ini antaranya enjin yang berkuasa, transmisi dengan nisbah gear yang tepat untuk tunggangan di lebuh raya atau off-road, sistem suspensi yang boleh dilaraskan secara elektronik, D-Mode, Traction Control, sistem brek yang menggabungkan ABS dan UBS, dan juga sistem Cruise Control.

Yamaha Super Ténéré ES 2021 merupakan sebuah jentera yang sentiasa bersedia untuk menempuh sebarang perjalanan. Antara pilihan aksesori yang disediakan adalah seperti Engine Guards, Skid Plate, Tall Windshield, Side Cases dan Top Case.