Honda CBR150R 2020 dilancarkan di pasaran Thailand, kemaskini warna baharu, spesifikasi kekal sama

Untuk pasaran Thailand pada dua hari yang lepas, Honda melancarkan CBR150R 2020 terbaharu yang kini didatangkan dengan kemaskini warna dan jalur grafik baharu yang kelihatan lebih menarik dan sporty. Spesifikasi teknikal dan ciri-ciri yang melengkapinya bagaimanapun didapati masih kekal sama seperti mana model tahun 2019.

Empat pilihan warna baharu yang diperkenalkan untuk model tersebut dikenali dengan nama Sword Silver Metallic, Asteroid Black Metallic dan Dynamic Red untuk varian ABS, manakala varian Standard tanpa ABS hadir dalam warna tunggal Mat Gunpowder Black Metallic. Kemasan warna pada rim setiap model juga terdapat perbezaan.

Honda CBR150R 2020 dikuasakan enjin bersesaran 149cc satu silinder DOHC dengan empat injap, dilengkapi sistem PGM-FI dan penyejukan cecair, dan menghasilkan kuasa maksimum sehingga 17.1PS @ 9,000rpm dengan tork puncak 14.4Nm @ 7,000rpm. Enjin tersebut kemudiannya dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan.

Antara ciri-ciri yang melengkapi Honda CBR150R 2020 termasuklah sistem lampu LED sepenuhnya, panel meter digital, suspensi depan dan belakang dengan ciri pelarasan, sistem brek ABS, sistem ekzos dengan perlindungan Kevlar, teknologi Emergency Stop Signal (ESS), posisi tunggangan bercirikan Super Sport dan tangki bahan api 12 liter.

Untuk pasaran Thailand, Honda CBR150R 2020 versi ABS ditawarkan pada harga sebanyak 99,700 THB (bersamaan RM 13,465.21 mengikut kadar semasa), manakala untuk varian Standard harganya ialah 92,570 THB (bersamaan RM 12,502.25 mengikut kadar semasa). Untuk pasaran Malaysia, belum pasti bilakah ianya akan dilancarkan.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?