Yamaha FZS-FI Vintage Edition 2020 dilancarkan di pasaran India, harga bersamaan RM 6,062.72

Yamaha kelmarin secara rasminya memperkenalkan model terbaharu Yamaha FZS-FI Vintage Edition 2020 untuk pasaran India. Ianya merupakan tambahan kepada model standard FZS-FI yang sebelum ini diperkenalkan dalam lima pilihan warna.

Yamaha FZS-FI Vintage Edition didatangkan dengan beberapa perbezaan iaitu warna tunggal Vintage Green, jalur grafik bergaya vintaj dan tempat duduk dengan kemasan kulit. Selain itu sama seperti model FSZ-FI berwarna Dark Knight, ianya turut dilengkapi sistem sambungan Bluetooth Connectivity “Yamaha Motorcycle Connect X”.

Spesifikasi lain kekal sama seperti model standard FZS-FI, antaranya dikuasakan enjin bersesaran 149cc (air cooled, 4-stroke, SOHC, 2-valve) dengan transmisi lima kelajuan, dan menghasilkan kuasa maksimum 12.4PS @ 7,250rpm dengan tork puncak 13.6Nm @ 5,500rpm. Tangki bahan apinya menawarkan kapasiti maksimum 12.8 liter.

Selain itu Yamaha FZS-FI Vintage Edition 2020 turut dilengkapi lampu depan LED, panel meter digital, suspensi belakang monocross dengan ciri boleh laras, sistem brek cakera dengan ABS satu saluran di bahagian roda depan, tayar belakang radial dengan kelebaran 140 mm, tinggi tempat duduk 790 mm dan berat hanya 137 kg (kerb weight).

Yamaha FZS-FI Vintage Edition ditawarkan pada harga ₹ 1 09 700, bersamaan hanya RM 6,062.72 mengikut kadar semasa. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai model tersebut, anda boleh mendapatkannya melalui paparan brosur dalam galeri di bawah.


Artikel Popular Minggu Ini :

Katalog elektronik Yamaha Exciter 155 VVA 2021 (Vietnam), plus video model pertama masuk ke pasaran Malaysia

Honda RS160R 2021 untuk pasaran Malaysia, adakah ianya versi Honda Winner X 160 2021 di pasaran Vietnam?