SYM EF3 2021 diperkenalkan sebagai kenderaan konsep komersial beroda tiga, dikuasakan tenaga elektrik

SYM baru-baru ini telah memperkenalkan sebuah kenderaan komersial terbaharu yang dikuasakan tenaga elektrik, dengan ciri-ciri utama yang melengkapinya ialah tiga roda, mempunyai skrin penghadang angin (windshield) yang diintegrasikan dengan bumbung, serta dilengkapi kamera pandang belakang yang dipaparkan di bahagian panel meter.

Dikenali dengan nama SYM EF3, kenderaan komersial yang masih dalam reka bentuk konsep itu menawarkan ruang storan yang luas di bahagian belakang, yang mana ianya sangat sesuai untuk digunakan sebagai kenderaan penghantar barang. Posisi dua roda di bahagian belakangnya pula menawarkan lebih kestabilan ketika berada di jalan raya.

Dengan adanya bumbung yang melindungi pekerja penghantaran, keadaan cuaca yang tidak menentu kini bukan lagi halangan dalam memastikan setiap barangan pelanggan tiba tepat pada masanya. Kamera pandang belakang elektronik pula memberikan lebih jaminan keselamatan, jadi tiada lagi sudut pandangan belakang dengan titik buta.

SYM EF3 menggunakan bateri aluminium yang menampilkan ciri pengecasan pantas dan ruang simpanan tenaga yang selamat. Kelajuan maksimumnya ialah 45 km/j dan jarak perjalanan yang boleh dicapai ialah 60 km. SYM EF3 dilengkapi tayar berukuran 14 inci, sistem brek cakera di depan dan belakang, serta beratnya ialah 180 kg.


Artikel Popular Minggu Ini :

Dayang ADV150 diilhamkan daripada model Honda ADV150, dilengkapi enjin lebih berkuasa dan kamera depan belakang

Pelancaran rasmi Honda ADV150 2021 dijangka pada bulan Februari depan, harga asas sekitar RM 14k

Penampilan baharu Yamaha Exciter 155 VVA 2021 apabila dipasangkan lampu depan (headlamp) Yamaha Exciter 150