Honda SH Mode 125 2021 diperkenalkan di pasaran Eropah

Dalam bulan November yang lepas, Honda memperkenalkan model skuter terbaharu Honda SH Mode 125 2021 untuk pasaran Eropah. Model tersebut kini dilengkapi casis baharu Smart Architecture Frame (eSAF) yang lebih ringan dan dan kuat, menawarkan pengendalian cemerlang, mempertingkatkan kestabilan dan keselesaan tunggangan.

Lebih menarik lagi ialah Honda SH Mode 125 kini dikuasakan enjin Smart Power Plus (eSP+) dengan empat injap, SOHC dan sistem sejukan cecair, yang menawarkan kuasa maksimum 11.42PS @ 8,500rpm dengan tork maksimum 12.1Nm @ 5,000rpm. Enjin baharu yang berkuasa itu kemudiannya dipadankan transmisi automatik CVT.

Menurut Honda, enjin tersebut menawarkan tahap kecekapan bahan api sekitar 50km/l (WTMC mode). Bersama-sama tayar baharu dengan ciri penjimatan bahan api dan tangki petrol dengan kapasiti maksimum 5.5 liter, jarak perjalanan yang boleh dicapai adalah sekitar 275 km. Enjin berkenaan juga mematuhi piawaian Euro 5 sepenuhnya.

Kemaskini rekaan badan baharu membolehkan ruang lantai rata kini lebih luas 10 mm ke hadapan dan menambahkan lagi ruang kaki. Tempat duduk kekal dengan ketinggian 765 mm. Juga terdapat glove box baharu di sebelah kiri yang menempatkan pengecas USB Type-A. Ruang di bawah tempat duduk pula kini menawarkan keluasan 18.5 liter.

Seterusnya, Honda SH Mode 125 2021 turut menerima kehadiran lampu utama LED baharu yang menjadikan penampilan terkininya lebih segar dan menarik. Sistem kunci Smart Key pula memberikan lebih kemudahan bertaraf premium. Untuk musim 2021, empat pilihan warna boleh didapati termasuklah warna baharu Candy Noble Red.

Artikel Popular Minggu Ini :